Penerbangan murah ke Trivandrum (TRV)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Trivandrum (TRV)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chennai (MAA) → Trivandrum (TRV)
Air India Express
Sabtu, 15 Jun 2024
RM 164.25
Chennai (MAA) → Trivandrum (TRV)
IndiGo
Khamis, 27 Jun 2024
RM 169.55
Mumbai (BOM) → Trivandrum (TRV)
Air India
Isnin, 10 Jun 2024
RM 263.92
Pulau Pinang (PEN) → Trivandrum (TRV)
Malaysia Airlines
Selasa, 25 Jun 2024
RM 369.00
Pulau Pinang (PEN) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Selasa, 25 Jun 2024
RM 423.70
Langkawi (LGK) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Sabtu, 08 Jun 2024
RM 427.46
Pulau Pinang (PEN) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Ahad, 30 Jun 2024
RM 445.88
Surabaya (SUB) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Rabu, 19 Jun 2024
RM 458.88
Johor Bahru (JHB) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Sabtu, 01 Jun 2024
RM 474.55
Medan (KNO) → Trivandrum (TRV)
Penerbangan
Selasa, 25 Jun 2024
RM 479.87

Tiket Pesawat Murah ke Trivandrum, India

Trivandrum atau dikenali sebagai Thiruvananthapuram pada masa kini telahpun dikenali dengan Kuil Padmanabhaswamy yang mempunyai gabungan seni bina unik gaya Kerala dan gaya Tamil. Trivandrum adalah pusat pentadbiran dan ibu negeri Kerala yang turut merupakan bandar dengan kepadatan penduduk tertinggi di Kerala dan bandar terbesar di bahagian paling selatan India. Bandar ini merupakan pusat akademik dan penyelidikan yang terkenal, dengan pelbagai universiti dan kolej ternama yang ditemukan di sini seperti Universiti Kerala, Universiti Teknologi Kerala dan cawangan Universiti Terbuka Kebangasaan Indira Gandhi yang juga berfungsi sebagai ibu pejabat serantaunya. Di samping itu, bandar ini juga merupakan hub Teknologi Maklumat utama dengan kira-kira 55% eksport perisian Kerala datang dari bandar ini sahaja. Di samping itu, Trivandrum juga dirujuk oleh Mahatma Gandhi sendiri sebagai 'Evergreen City of India' kerana banyak kawasan bukit-bukit dengan ketinggian sedikit rendah yang membentuk landskap bandar. Di samping itu, ia juga mempunyai beberapa buah pantai yang indah, menjadikan bandar ini lebih menarik untuk dikunjungi pelancong.

Lapangan Terbang di Trivandrum

Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum

Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum adalah lapangan terbang antarabangsa utama yang berkhidmat untuk bandar Trivandrum dan kawasan berhampiran iaitu Kollam, Pathanamthitta, Nagercoil, Kanyakumari dan Tirunelveli. Ia terletak di Chacka yang boleh didapati 7 kilometer jauhnya dari pusat bandar Trivandrum. Ia adalah lapangan terbang pertama di negeri Kerala dan lapangan terbang antarabangsa kelima di India, menjadi lapangan terbang kedua tersibuk di negeri itu selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin dengan hampir 4.5 juta penumpang yang dikendalikan pada tahun 2018. Dengan landasan asfalt yang berkepanjangan 3,400 meter, lapangan terbang itu mempunyai dua buah terminal, iaitu Terminal 1 yang didedikasikan untuk penerbangan domestik kecuali Air India dan Terminal 2 yang didedikasikan untuk penerbangan antarabangsa serta penerbangan domestik yang melibatkan Air India. Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum adalah hab untuk Air India Express serta menjadi bandar tumpuan untuk Air India, IndiGo dan SpiceJet. Kebiasaannya ia akan menelan kos kira-kira 457 ringgit ke 1,333 ringgit untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Trivandrum melalui syarikat penerbangan seperti Malindo Air, Scoot, IndiGo dan banyak lagi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Trivandrum?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Trivandrum. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumakn segera tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Trivandrum.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Trivandrum?

Musim bukan puncak untuk melawat Trivandrum biasanya adalah semasa musim tengkujuh terutamanya sekitar bulan Jun hingga September di mana hujan akan berlaku pada frekuensi yang lebih tinggi. Oleh itu, pemotongan harga cenderung berlaku sekitar tempoh ini, oleh itu jika anda sememangnya sedang mencari tawaran dengan harga murah, waktu-waktu sebegini adalah yang terbaik untuk mendapatkan tawaran yang berbaloi untuk ke Trivandrum, kerana kos perjalanan semasa musim puncak akan menelan belanja yang lebih tinggi. Di samping itu, musim panas sekitar Mac hingga Mei juga bukanlah masa yang baik untuk melawat Trivandrum kerana ia akan menjadi panas dan kering dengan suhu rata-rata berlegar sekitar 35 darjah Celsius. Bagi musim puncak di Trivandrum, ia adalah semasa musim sejuk yang biasanya berlaku dari bulan November hingga Februari, kerana musim sejuk di sini begitu menyenangkan dengan hujan renyai dan suhu yang sangat baik untuk keluar dan bersiar-siar bandar. Walau bagaimanapun, anda akan menjangkakan orang yang lebih ramai daripada biasa. Oleh itu, jika anda merancang untuk datang ke Trivandrum, sila ambil perhatian tentang waktu-waktu ini supaya anda boleh merancang dengan sewajarnya.

Trivandrum dikatakan mempunyai iklim yang bersempadanan antara savannah tropika dan monsun tropika, ini menyebabkan bandar Trivandrum mengalami musim-musim yang kurang ketara dan ekstrem berbanding tempat lain. Dengan kelembapan purata yang agak tinggi iaitu sekitar 78% dan kadang-kadang naik hingga 90% semasa musim tengkujuh, dengan purata suhu tinggi adalah sekitar 29 darjah Celsius hingga 33 darjah Celsius dan purata suhu rendah antara 22 darjah Celcius hingga 25 darjah Celsius sepanjang tahun. Hujan tahunan boleh mencecah kira-kira 1,754.2 milimeter di mana hujan lebat biasanya berlaku pada musim tengkujuh dari bulan Jun hingga September. Bagi suhu yang melampau, suhu tertinggi ialah 38 darjah Celcius yang terakhir direkodkan pada bulan Januari 1975 dan suhu paling rendah ialah 16.4 darjah Celcius yang terakhir direkodkan pada bulan April 2007.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Trivandrum?

Kuil Padmanabhaswamy - Merupakan sebuah kuil yang terkenal di bandar ini dan juga sekitar negeri Kerala, Kuil Padmanabhaswamy dikatakan mempunyai sejarah yang panjang dan telah disebutkan dalam kesusasteraan ketika Sangam Period dan mengekalkan kepentingannya sejak zaman itu lagi. Senibina gabungan gaya Kerala dan Tamil menyebabkan kuil ini memiliki ciri tertentu seperti dinding yang tinggi dan Gopuram abad ke-16 yang memberikan kuil ini pemandangan yang unik dan tersendiri.

Pantai Shankumugham - Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum di bahagian barat bandar Trivandrum, Pantai Shankumugham adalah salah satu pantai yang menarik yang boleh ditemui di bandar ini. Ia mempunyai suasana yang tenang di samping kawasan pantai berpasir putih yang panjang yang ditemukan di sini. Kebiasaannya pantai ini juga terasing dari orang ramai dan kesibukan kota kecuali semasa ritual keagamaan Bali Tharpanam yang akan dilakukan di sini.

Muzium Napier - Muzium Napier adalah sebuah muzium seni dan sejarah semula jadi yang telah ditubuhkan sejak tahun 1855 lagi. Ditemukan 6 kilometer jauhnya dari kawasan bandar, ia mempunyai artifak arkeologi dan sejarah yang tersendiri yang meliputi antara lainnya patung-patung gangsa, perhiasan kuno, kereta kuda yang pernah digunakan oleh pihak kuil, ukiran gading dan karya-karya Raja Ravi Varma dan Nicholas Roerich yang boleh ditemui di Galeri Seni Sree Chitra.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Trivandrum

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved