Penerbangan murah ke Pekanbaru (PKU)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Pekanbaru (PKU)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singkep (SIQ) → Pekanbaru (PKU)
Susi Air
Sabtu, 25 Mei 2024
RM 116.97
Pulau Pinang (PEN) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Khamis, 30 Mei 2024
RM 158.11
Kota Bharu (KBR) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 161.22
Pulau Pinang (PEN) → Pekanbaru (PKU)
Scoot
Rabu, 15 Mei 2024
RM 169.62
Batam (BTH) → Pekanbaru (PKU)
Lion Air
Selasa, 14 Mei 2024
RM 177.78
Batam (BTH) → Pekanbaru (PKU)
Citilink
Selasa, 21 Mei 2024
RM 188.08
Kuantan (KUA) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Khamis, 30 Mei 2024
RM 196.60
Kota Bharu (KBR) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 207.40
Kuantan (KUA) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Khamis, 30 Mei 2024
RM 238.96
Johor Bahru (JHB) → Pekanbaru (PKU)
Penerbangan
Rabu, 22 Mei 2024
RM 268.56

Tiket Pesawat Murah ke Pekanbaru, Indonesia

Pekanbaru adalah sebuah bandar yang menjadi ibu kota kepada wilayah Riau, Indonesia. Bandar ini juga menjadi pusat ekonomi utama bagi seluruh bahagian timur Pulau Sumatra. Hal ini adalah kerana lokasinya yang strategik. Ia terletak di tebing Sungai Siak di mana muara sungai ini adalah laut Selat Melaka. Suatu ketika dahulu, Pekanbaru ini terkenal sebagai pusat pelabuhan perdagangan. Kawasan Pekanbaru ini direkodkan seluas 632.26 kilometer persegi.

Lapangan Terbang di Pekanbaru

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II (PKU)

Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, adalah lapangan terbang antarabangsa yang mengoperasikan pengangutan udara di bandar Pekanbaru, Riau. Lapangan terbang ini mengendalikan penerbangan domestik keluar dan masuk daripada beberapa bandar di Indonesia serta penerbangan antarabangsa keluar dan masuk daripada negera-negara seperti Malaysia, Singapura, Sri Lanka, dan Arab Saudi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Pekanbaru ?

Enjin carian Traveloka dapat memudahkan anda mencari tiket penerbangan termurah dan dipercayai ke mana-mana sahaja destinasi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan ke sesebuah destinasi, termasuklah Pekanbaru. Dengan senarai penerbangan yang dipaparkan, anda boleh membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan serta memilih penerbangan mengikut kepentingan waktu anda. Terdapat juga ciri pemberitahu harga jika anda menetapkan sesebuah destinasi serta bajet penerbangan yang anda inginkan. Bukan itu sahaja, Travekola turut menyediakan pakej tiket penerbangan bersama tempahan penginapan. Dengan enjin carian Traveloka, pengembaraan anda ke sesebuah destinasi pasti lebih menjimatkan.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Pekanbaru?

Pekanbaru adalah sebuah kawasan yang dipengaruhi iklim hutan hujan tropika di mana kawasan sebegini tidak mempunyai variasi suhu yang ketara. Purata suhu yang direkodkan sepanjang tahun tidak terlalu berbeza oleh itu tiada istilah musim sejuk atau musim panas untuk kawasan beriklim hutan hujan tropika ini. Purata suhu paling tinggi yang direkodkan adalah 34 darjah Celsius manakala purat suhu paling rendah adalah 23.6 darjah Celsius. Namun, kawasan beriklim hutan hujan tropika sering direkodkan curahan hujan yang agak tinggi. Bagi bandar Pekanbaru, curahan hujan paling banyak direkodkan adalah pada bulan November. Curahan hujang paling sedikit direkodkan adalah pada bulan Jun. Jika anda merancang untuk melancong ke bandar Pekanbaru dan anda inginkan keselesaan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar, pilihlah bulan-bulan yang kering iaitu Jun, Julai dan Ogos.

Pekanbaru mencatatkan suku Minangkabau sebagai suku majoriti yang mendiami bandar ini. Masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang beragama islam. Oleh itu, bandar ini menjadi sangat meriah apabila tiba musim perayaan Aidilfitri. Sambutan Aidilfitri di sini mungkin sedikit berbeza dengan sambutan masyarakat islam di Malaysia. Oleh itu, anda sangat dialu-alukan untuk melancong ke bandar Pekanbaru ini ketika musim perayaan Aidilfitri. Dengan itu, anda akan dapat melihat sendiri cara masyarakat di bandar ini menyambut perayaan tersebut.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Pekanbaru?

Sebagai sebuah bandar yang telah berkembang maju sejak turun-temurun, melancong ke sini pasti tidak akan mengecewakan anda. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. Berikut adalah tempat-tempatnya;

Masjid Agung An Nur - Masjid ini merupakan sebuah masjid yang cukup popular di bandar Pekanbaru. Ia turut terkenal sebagai kembar Taj Mahal oleh kerana seni bina masjid ini dilihat seakan-akan sama seperti salah sebuah bangunan keajaiban dunia itu. Masjid ini boleh memuatkan seramai 4500 orang serentak. Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1963 dan mengambil masa selama 5 tahun untuk siap sepenuhnya. Hasilnya, ia bukan sahaja menjadi tarikan buat orang islam untuk beribadah, malah menarik perhatian orang bukan islam untuk bergambar kenangan bersama kecantikkan seni binanya.

Perpustakaan Soeman HS - Perpustakaan Soeman HS adalah sebuah perpustakaan negeri serta menjadi bangunan arkib kebangsaan di Riau, Indonesia. Ia dinamakan sempena nama seorang penulis tempatan yang terkenal, Soeman HS. Perpustakaan ini ditadbir oleh kerajaan negeri. Bentuk binaan bangunan yang menarik dan dibina setinggi enam tingkat, ia dipenuhi pelajar-pelajar tanpa had umur serta menjadi tempat meluangkan masa bagi sekumpulan ulat buku. Ia turut menjadi tarikan pelancongan dengan ketenangan suasananya dan kecantikan bangunannya.

Taman Wisata Alam Mayang - Taman Wisata Alam Mayang atau pendeknya dipanggil taman tasik ini terletak di Jl. Imam Munandar, Tengkerang Timur, Tenayan Raya, Pekanbaru. Taman tasik ini mempunyai keluasan seluas 24 hektar. Ia menyediakan pelbagai tarikan seperti kolam memancing ikan, tasik untuk berkayak, berakit dan pelbagai aktiviti rekreasi air, laluan berbasikal mengelilingi tasik dan lain-lain lagi. Ia sangat sesuai untuk dijadikan pusat riadah seisi keluarga. Malah, pada hujung minggu, taman tasik ini penuh dikunjungi masyarakat Pekanbaru.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved