Penerbangan murah ke Palopo (LLO)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Palopo (LLO)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Makassar (UPG) → Palopo (LLO)
Wings Air
Jumaat, 14 Jun 2024
RM 373.08
Jakarta (CGK) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Isnin, 17 Jun 2024
RM 496.20
Bali / Denpasar (DPS) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Khamis, 04 Jul 2024
RM 617.95
Kendari (KDI) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Jumaat, 21 Jun 2024
RM 630.53
Jakarta (CGK) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Isnin, 17 Jun 2024
RM 634.03
Bali / Denpasar (DPS) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Isnin, 10 Jun 2024
RM 682.68
Kuala Lumpur (KUL) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Ahad, 09 Jun 2024
RM 779.66
Waikabubak (TMC) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Rabu, 03 Jul 2024
RM 879.93
Bandar Lampung (TKG) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Khamis, 13 Jun 2024
RM 896.61
Singapura (SIN) → Palopo (LLO)
Penerbangan
Khamis, 20 Jun 2024
RM 909.88

Tiket Pesawat Murah ke Palopo, Indonesia

Palopo atau juga dikenali sebagai Kota Palopo adalah sebuah kota dengan kuasa autonomi yang terletak di wilayah Sulawesi Selatan Indonesia. Sebagai sebuah bandar berautonomi, Palopo bebas menjalankan urusannya sendiri yang relevan dengan masyarakat setempat. Pada permulaannya sebagai sebuah kota autonomi pada tahun 2002, Palopo bermula dengan 4 buah daerah dan 20 buah kampung. Pada masa kini, bandar ini terdiri daripada 9 buah daerah dan 48 buah kampung. Sebelum menerima status sebagai sebuah kota autonomi, Palopo adalah ibu kota bagi daerah Luwu. Dengan saiz 247.52 kilometer persegi dan sejumlah 152,703 orang penduduk, Palopo adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan sejarah yang kaya, yang ditubuhkan sejak tahun 1620 di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Muhiddin yang merupakan pemerintah Islam kedua bagi Kerajaan Luwu.

Lapangan Terbang di Palopo

1. Lapangan Terbang Bua

Lapangan Terbang Bua atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Palapo Lagaligo adalah lapangan terbang utama yang dimaksudkan untuk berkhidmat bagi bandar Palopo serta kawasan-kawasan yang berdekatan, yang terletak 10 kilometer jauhnya dari kawasan bandar. Ia adalah lapangan terbang awam yang dimiliki oleh Kerajaan Indonesia dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Dengan keluasan tanah seluas 100 hektar serta selesai kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang pada tahun 2015, Lapangan Terbang Bua mampu mengendalikan pesawat yang lebih besar dengan landasan yang dilanjutkan hingga 1,400 meter x 30 meter. Berada di ketinggian 4 meter di atas paras laut, lapangan terbang yang dinaik taraf ini dilengkapi dengan terminal penumpang, lounge berlepas yang lengkap, ruang ketibaan, kawasan tuntutan bagasi, bilik VIP serta juga bangunan bomba dan penyelamat. Antara syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh lapangan terbang ini termasuk juga Aviastar Mandiri, Garuda Indonesia, Susi Air dan Wings Air dengan destinasi ke Masamba, Makassar dan Kolaka.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Palopo?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Palopo dan wilayah Sulawesi Selatan yang berdekatan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan kata kunci penting dalam maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk diberitahu tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Palopo.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Palopo?

Musim bukan puncak untuk melawat Palopo serta kawasan berdekatan biasanya sekitar bulan Mac dan April yang merupakan bulan paling lembab di Palopo dengan taburan hujan tertinggi. Oleh itu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan akan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan-bulan ini. Masa puncak untuk melawat Palopo pula biasanya sekitar bulan Jun hingga Oktober apabila cuaca adalah cerah dan baik, oleh itu anda boleh menjangkakan kenaikan harga penginapan dan penerbangan pada masa ini. Jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti dapat menjimatkan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan semasa musim puncak ini akan menelan banyak wang.

Palopo, seperti kawasan-kawasan yang lain di sekitar Indonesia dan negara-negara jiran, mempunyai iklim hutan hujan tropika yang bermaksud musim kering lebih pendek dan hujan biasanya adalah lebat sepanjang tahun. Suhu maksimum purata di Palopo biasanya mencapai sekitar 32 dan 35 darjah Celsius manakala suhu purata minimum akan mencapai sekitar 23.4 dan 24.4 darjah Celcius. Bulan paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun. Palopo juga mempunyai kelembapan yang tinggi dengan beberapa bulan yang lebih lembap daripada yang lain dengan peluang pemendakan untuk berlaku sepanjang tahun.

Apabila anda sampai di Palopo dalam salah satu daripada lawatan anda ke bandar ini, anda pasti berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dianjurkan di sini sama seperti penduduk setempat. Ini kerana Palopo terdiri dari berbagai kelompok kaum seperti Bugis, Jawa, Konjo Pesisir, Toraja dan banyak lagi yang turut mengamalkan agama dan juga kepercayaan yang berbeza seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Oleh itu, sebahagian besar acara dan perayaan di sini adalah berdasarkan kepada acara tradisi suku-suku kaum yang unik ini. Sebagai contoh, perayaan Maccera Tasi yang telah diadakan oleh orang Tana Luwu dari dahulu hingga ke hari ini. Selain itu, rantau ini juga menyambut beberapa acara yang disambut di peringkat kebangsaan, seperti Krismas dan Tahun Baru.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Palopo?

1. Muzium Batara Guru - Ditubuhkan sejak 1971 di tapak Istana Luwu, Muzium Batara Guru dirasmikan oleh Andi Achmad dan berfungsi sebagai pusat yang memelihara warisan Kerajaan Luwu untuk tatapan generasi masa depan. Muzium ini mempunyai kira-kira 831 bahan pameran yang merupakan koleksi pelbagai hasil prasejarah, etnografi dan foto yang berkaitan dengan Kerajaan Luwu.

2. Air Terjun Balumbu - Sebuah air terjun yang terletak di Kampung Batang yang terletak kira-kira 19 kilometer dari pusat bandar Palopo, adalah air terjun yang bertingkat dengan air jernih yang sesuai untuk aktiviti seperti berenang, mandi atau piknik.

3. Pantai Labombo - Merupakan destinasi pelancongan pantai utama di bandar ini, Pantai Labombo terkenal dengan pokok palma dan lautan biru yang berkilauan. Terdapat kemudahan untuk aktiviti ‘flying fox’ dan aktiviti ‘outbound’ juga. Meliputi kawasan seluas 2 hektar, terdapat berbagai-bagai gerai menjual makanan dan manisan tempatan di samping pentas panggung.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved