Penerbangan murah ke Manado (MDC)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Manado (MDC)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Ambon (AMQ) → Manado (MDC)
TransNusa
Isnin, 10 Jun 2024
RM 205.74
Sorong (SOQ) → Manado (MDC)
Lion Air
Selasa, 18 Jun 2024
RM 208.54
Naha (NAH) → Manado (MDC)
Wings Air
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 342.22
Kuala Lumpur (KUL) → Manado (MDC)
Scoot
Rabu, 19 Jun 2024
RM 372.05
Makassar (UPG) → Manado (MDC)
Citilink
Rabu, 05 Jun 2024
RM 402.86
Langkawi (LGK) → Manado (MDC)
Penerbangan
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 405.59
Makassar (UPG) → Manado (MDC)
Garuda Indonesia
Ahad, 09 Jun 2024
RM 416.19
Langkawi (LGK) → Manado (MDC)
Penerbangan
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 421.06
Makassar (UPG) → Manado (MDC)
Batik Air
Ahad, 30 Jun 2024
RM 422.51
Balikpapan (BPN) → Manado (MDC)
Super Air Jet
Jumaat, 28 Jun 2024
RM 470.48

Tiket Pesawat Murah ke Manado, Indonesia

Manado terkenal dengan pemeliharaan alam semuajadinya dan pelbagai tarikan tempatan. Nama Manado bermaksud ‘di jauh’ dalam bahasa tempatan Minahasan, yang merujuk kepada pemandangan dua pulau yang boleh dilihat daripada pulau utama. Manado sebelum ini ditakluki oleh kerajaan Sepanyol dan Belanda sehingga diambil alih oleh Jepun pada Perang Dunia Kedua. Kini, Manado telah menjadi destinasi tarikan terutamanya untuk peminat alam semulajadi.

Lapangan Terbang di Manado

1. Lapangan Terbang Sam Ratulangi

Lapangan Terbang Sam Ratulangi terletak 13 kilometer timur laut dari Manado. Lapangan terbang ini dinamakan sempena guru dan wira kemerdekaan tempatan. Pada asalnya, lapangan terbang ini dibina oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Setelah dinaiktaraf, Lapangan Terbang Sam Ratulangi kini boleh menampung sehingga dua juta penumpang setiap tahun, dengan lebih daripada 2800 penumpang boleh ditangani pada waktu yang sama. Syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini berkhidmat untuk penerbangan domestik serta penerbangan antarabangsa yang terhad. Pengunjung dari Malaysia perlu mengambil penerbangan transit untuk menuju ke Manado. Restoran hanya boleh didapati sebelum zon imigresen. Anda boleh menuju ke bandar Manado dalam 30 minit dari lapangan terbang dengan menaiki teksi berharga Rp 70,000 (RM 20.54) atau mikrolet untuk Rp 4,000 (RM 1.17). Anda juga dimaklumkan untuk menyediakan pembayaran cukai perlepasan sebanyak Rp 100,000 (RM 29.35) untuk penerbangan antarabangsa dan Rp 30,000 (RM 8.80) untuk penerbangan domestik.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Manado?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Manado. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Manado.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Manado?

Manado mempunyai iklim hujan tropika. Purata suhu tahunan di Manado adalah 27 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 32 darjah Celcius pada hari yang panas. Manado mempunyai cahaya matahari dengan purata 2570 jam dalam setahun. Manado juga mengalami hujan yang kerap. Musim hujan selalunya bermula pada bulan September dan berakhir pada bulan April.

Kaum etnik tempatan di Manado adalah kaum Minahasan yang majoritinya beragama Kristian, berbanding Muslim majoriti yang berada di seluruh Indonesia. Bahasa dan budaya mereka dipengaruhi oleh budaya Belanda sewaktu penaklukan Belanda di Manado. Tarian tradisional Minahasan seperti Tarian Kabasaran, Tarian Cakalele dan Tarian Katrili dipersembahkan dalam upacara dan perayaan tertentu. Muzik tradisi mereka menggunakan instrumen perkusi serta instrumen diperbuat daripada buluh yang dipengaruhi oleh instrumen muzik barat. Bagi anda yang ingin menyaksikan budaya kaum Minahasan, anda boleh mengunjungi Manado pada bulan Disember dan Januari. Sambutan Krismas di Manado bermula pada 1 Disember sehingga Hari Krismas. Selepas Krismas sehingga sebelum Malam Tahun Baru, mereka melaksanakan tradisi melawat kubur. Sambutan ini berakhir pada Ahad pertama di bulan Januari di mana penduduk tempatan berarak dengan memakai pelbagai kostum sebagai tradisi kunci taon mereka.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Manado?

Manado adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

1. Taman Negara Bunaken - Taman Negara Bunaken ditubuhkan pada tahun 1991 dan dinamakan salah satu taman laut yang terbaik di dunia. 97% daripada kawasan taman ini kaya dengan spesis marin, dengan kira-kira 390 spesis terumbu karang, ikan, mamalia laut dan banyak lagi. Jika anda tertarik untuk melawat Taman Negara Bunaken, terdapat tempat tinggal disediakan di sini. Anda juga boleh menikmati aktiviti menyelam dan snorkeling.

2. Air Terjun Tunan - Untuk mereka yang menyukai pengembaraan, anda boleh melawat Air Terjun Tunan yang terletak di Kampung Talawaan, 25 minit dari lapangan terbang. Anda mempunyai pilihan untuk mengambil lawatan berpandu tempatan untuk membawa anda melalui trek dan memberitahu dengan lebih lanjut mengenai tempat ini, tetapi ini akan memakan masa lawatan anda lebih lama. Anda juga boleh melalui trek tersebut sendiri untuk tiba di Air Terjun Tunan yang indah dengan lebih cepat. Di lokasi tersebut terdapat gerai makanan untuk anda minum dan makan ringan sambil menikmati pemandangan air terjun itu.

3. Rezab Semulajadi Tangkoko Batuangus - Juga dipanggil Tangkoko-Batuangus Dua Saudara, rezab semulajadi ini terletak dua jam daripada bandar Manado. Rezab ini merangkumi tiga gunung dengan ketinggian sehingga 1361 meter atas paras laut. Rezab ini diklasifikasikan oleh IUCN sebagai rezab semulajadi ketat. Rezab ini menjadi habitat untuk spesis-spesis terancam seperti kera Cerebes, cuscus beruang Sulawesi, cuscus kecil Sulawesi, serta banyak lagi spesis haiwan yang lain. Bayaran masuk untuk Rezab Semulajadi Tangkoko Batuangus adalah Rp 100,000 (RM 29.40) untuk pelawat asing. Untuk kemudahan anda, terdapat pemandu pelancong yang boleh membantu anda dengan harga Rp 200,000 (RM 58.80) setiap orang untuk 4 jam pendakian di waktu pagi dan Rp 100,000 (RM 29.40) untuk 2 jam pendakian di waktu petang.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved