Penerbangan murah ke Kuwait (KWI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Kuwait (KWI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Abu Dhabi (AUH) → Kuwait (KWI)
Etihad
Isnin, 10 Jun 2024
RM 202.31
Riyadh (RUH) → Kuwait (KWI)
flynas
Selasa, 02 Jul 2024
RM 257.71
Istanbul (SAW) → Kuwait (KWI)
Turkish Airlines
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 280.07
Istanbul (SAW) → Kuwait (KWI)
Pegasus Airlines
Jumaat, 14 Jun 2024
RM 312.90
Muscat (MCT) → Kuwait (KWI)
Salam Air
Ahad, 30 Jun 2024
RM 446.22
New Delhi (DEL) → Kuwait (KWI)
Air India
Jumaat, 14 Jun 2024
RM 734.75
Trivandrum (TRV) → Kuwait (KWI)
IndiGo
Isnin, 10 Jun 2024
RM 737.07
Chennai (MAA) → Kuwait (KWI)
Oman Air
Khamis, 27 Jun 2024
RM 787.92
Mumbai (BOM) → Kuwait (KWI)
Kuwait Airways
Isnin, 10 Jun 2024
RM 800.52
Jeddah (JED) → Kuwait (KWI)
Qatar Airways
Selasa, 11 Jun 2024
RM 837.86

Tiket Pesawat Murah ke Kuwait

Kuwait terkenal dengan Kuwait Towers yang merupakan kumpulan tiga menara yang langsing yang merupakan kumpulan terakhir dalam sistem 34 menara Kuwait yang lebih besar. Dengan gaya yang berbeza dari kumpulan lain, ia dianggap sebagai lambang Kuwait moden. Ibukota Kuwait adalah Kuwait City, yang terletak di tengah-tengah negara itu di kawasan pantai Teluk Parsi. Tidak dapat dinafikan bahawa Kuwait City pada masa ini adalah pusat politik, budaya dan ekonomi bagi emirat tersebut. Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan, Kuwait City terus makmur selepas penemuan minyak dan mengalami aktiviti pemodenan yang besar, terutama antara tahun 1946 hingga 1982. Ini telah membolehkan Kuwait City menjadi bandar global seperti sekarang ini. Walaupun negara itu telah diserang oleh Iraq pada tahun 1990 sebelum dibebaskan setahun kemudian, ia kekal sebagai ekonomi berpendapatan tinggi kerana kedudukannya sebagai tempat simpananan minyak keenam terbesar di dunia. Oleh itu, ia mempunyai pendapatan per kapita tertinggi keempat menurut Bank Dunia.

Lapangan Terbang di Kuwait

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait atau yang lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Kuwait City adalah lapangan terbang utama di Kuwait City dan lapangan terbang penting di negara ini, sebagai pintu masuk antarabangsa utama ke Kuwait. Lapangan terbang ini terletak di Farwaniya yang berada kira-kira 15.5 kilometer di selatan Kuwait City. Walaupun sebahagian besar kawasannya bertujuan untuk menjadi lapangan terbang awam dan berkhidmat kepada orang ramai, sebahagian kompleks lapangan terbang juga didedikasikan sebagai ibu pejabat Angkatan Udara Kuwait dan Muzium Angkatan Udara Kuwait, iaitu Pangkalan Udara Abdullah Al-Mubarak. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait mempunyai lima terminal aktif iaitu terminal 1 sebagai bangunan utama lapangan terbang, Terminal 2 yang memperkenalkan reka bentuk bangunan segi tiga, Terminal 3 yang digunakan oleh Aegean Airlines dan flydubai, Terminal 4 yang digunakan oleh Kuwait Airways dan Terminal 5 yang dikhususkan untuk Jazeera Airways.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kuwait?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Kuwait. Apa yang perlu anda lakukan adalah kunci dalam maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan dengan lingkungan harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Kuwait.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Kuwait?

Masa terbaik untuk melawat Kuwait biasanya adalah sekitar bulan Januari hingga April atau bahkan dari bulan Oktober hingga Disember. Sekitar masa ini, suhu adalah lebih sejuk dan Kuwait adalah lebih selesa untuk dilawati. Musim panas di Kuwait pada amnya tidak terlalu baik disebabkan oleh iklim yang membolehkan suhu mencecah angka yang cukup tinggi. Lazimnya, bulan November dan Januari akan menyaksikan kemasukan pelancong yang lebih tinggi. Oleh itu, harga penerbangan dan hotel cenderung untuk menjadi lebih tinggi sekitar bulan-bulan ini. Sekiranya anda melawat Kuwait, mengambil kira faktor-faktor ini akan membolehkan anda berjimat.

Kuwait dikatakan mempunyai iklim yang gersang di mana terdapat perbezaan suhu yang besar di antara musim sejuk dan musim panas, sementara hujan pula bervariasi dari 75 hingga 150 milimeter setahun. Musim sejuk di Kuwait jauh lebih sejuk daripada negara-negara Teluk Parsi yang berdekatan, kerana lokasi geografinya terletak jauh ke utara. Suhu boleh turun sehingga -6 darjah Celsius pada waktu malam dalam tempoh ini. Sementara itu, untuk musim panas, suhu boleh mencapai setinggi 42 darjah Celcius hingga 48 darjah Celsius dengan suhu tertinggi dicatatkan pada 54 darjah Celcius yang tertinggi pernah dicatatkan di benua Asia. Tempoh musim panas juga cenderung untuk menjadi lebih lama dengan peluang untuk ribut petir dan ribut debu berlaku.

Di Kuwait, perayaan di sini memberi tumpuan kepada acara kemerdekaan negara serta kegiatan keagamaan umat Islam, yang dikira normal memandangkan kebanyakan penduduk mengamalkan agama Islam. Pada 26 Februari, Kuwait meraikan Hari Pembebasan yang memperingati saat Kuwait dibebaskan semasa Operasi Ribut Gurun. Hari Kebangsaan juga dirayakan pada bulan yang sama, yang menandakan kemerdekaan Kuwait dari pemerintahan Turki Uthmaniyyah sebagai negara berdaulat. Pada kedua-dua hari ini, anda boleh menjangkakan banyak pesta, keraian dan perarakan di seluruh Kuwait. Jika itu tidak mencukupi, Festival Hala juga diadakan pada bulan Februari! Merupkana sebuah acara untuk menandakan permulaan musim bunga, kedai-kedai di Kuwait akan menawarkan diskaun dan jualan. Akhir sekali, Kuwait juga akan meraikan Ramadhan, Eid el-Fitr, Eid el-Adha dan Tahun Baru Islam, yang merupakan peristiwa penting dalam kalendar Islam.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kuwait?

1. Kuwait Towers – Kuwait Towers bukan hanya mercu tanda negara, tetapi juga sebuah tangki air dengan sebuah restoran yang boleh ditemui di bahagian atasnya. Menara utama adalah 187 meter tinggi dengan reka bentuk yang memiliki dua buah sfera, sementara menara kedua adalah 147 meter tinggi dan berfungsi sebagai menara air. Menara ketiga hanya menempatkan peralatan untuk menerangi dua menara sebelumnya.

2. Liberation Tower – Merupakan bangunan kedua tertinggi di Kuwait, Liberation Tower adalah menara dengan ketinggian 372 meter tinggi dan dimaksudkan untuk berfungsi sebagai menara telekomunikasi. Pada mulanya ia dicadangkan untuk dinamakan sebagai Menara Telekomunikasi Kuwait, namun pembinaan yang bermula pada bulan Ogos 1990 ditangguhkan kerana serangan Iraq. Setelah selesai pada tahun 1993, ia dinamakan sedemikian sebagai menandakan kemerdekaan Kuwait.

3. Grand Mosque – Grand Mosque adalah sebuah masjid rasmi di Kuwait, yang terbesar seumpamanya dengan kawasan yang meliputi 45,000 kaki persegi. Dewan solat utama adalah 236 kaki lebar dengan pencahayaan yang disediakan oleh 144 buah tingkap. Terdapat juga tempat letak kereta 5 tingkat. Ia boleh menampung sehingga 10,000 orang jemaah pada kapasiti maksimumnya.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Kuwait

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved