Penerbangan murah ke Dhaka (DAC)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Dhaka (DAC)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chittagong (CGP) → Dhaka (DAC)
Biman Bangladesh Airlines
Rabu, 19 Jun 2024
RM 172.05
New Delhi (DEL) → Dhaka (DAC)
IndiGo
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 247.34
New Delhi (DEL) → Dhaka (DAC)
Vistara
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 286.28
New Delhi (DEL) → Dhaka (DAC)
Air India
Isnin, 10 Jun 2024
RM 287.67
Kolkata (CCU) → Dhaka (DAC)
US-Bangla
Khamis, 13 Jun 2024
RM 316.97
Johor Bahru (JHB) → Dhaka (DAC)
Malaysia Airlines
Sabtu, 22 Jun 2024
RM 447.89
Kuching (KCH) → Dhaka (DAC)
Penerbangan
Selasa, 02 Jul 2024
RM 473.23
Kuching (KCH) → Dhaka (DAC)
Batik Air (Malaysia)
Selasa, 02 Jul 2024
RM 473.45
Chennai (MAA) → Dhaka (DAC)
SriLankan Airlines
Isnin, 10 Jun 2024
RM 477.26
Kuala Lumpur (KUL) → Dhaka (DAC)
AirAsia Berhad (Malaysia)
Selasa, 02 Jul 2024
RM 493.78

Tiket Pesawat Murah ke Dhaka, Bangladesh

Dhaka dikelaskan sebagai bandar megacity dan beta-global oleh Globalisasi dan Rangkaian Penyelidikan Bandar Sedunia berdasarkan rangkaian urbanisasi, kewangan dan ekonomi utama di Bangladesh dan dunia. Bandar ini juga merupakan hab budaya Bangladesh, terutamanya di Bandar Lama, di mana pelawat dapat melihat jejak Empayar Mughal serta Kolonial British dari bangunan seni bina ke monumen kebangsaan. Pengunjung juga boleh menikmati warna-warni Dhaka di festival tempatan dan pembangunan bandar.

Lapangan Terbang di Dhaka

Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal

Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal adalah lapangan terbang antarabangsa utama di Bangladesh. Lapangan terbang ini dinamakan sempena ahli Sufi bernama Shah Jalal. Dengan kapasiti lebih daripada 18 juta penumpang, Lapangan Terbang Shahjalal adalah lapangan terbang terbesar di negara ini. Terdapat hampir 30 syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang ini untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Lapangan Terbang Shahjalal juga merupakan hab utama untuk penerbangan nasional Biman Bangladesh Airlines. Penumpang dari Kuala Lumpur boleh tiba di Dhaka secara terus dengan mengambil penerbangan melalui AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Regent Airways Biman Bangladesh Airlines atau US-Bangla Airlines. Lapangan Terbang Shahjalal mempunyai hiasan dalaman terminal yang moden dan mempunyai kemudahan seperti kafe dan kedai-kedai bebas cukai. Lapangan terbang ini terletak hanya 17 kilometer jauhnya dari pusat bandar. Setibanya anda di lapangan terbang ini, penumpang boleh mengambil kereta api dari Stesen Kereta Api Lapangan Terbang untuk sampai ke bandar. Sebagai alternatif, pelawat boleh mengambil teksi untuk sampai ke destinasi anda.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dhaka?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Dhaka. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Dhaka.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Dhaka?

Dhaka mengalami iklim savannah tropika dengan musim monsun yang ketara. Cuaca umumnya panas dan lembap sepanjang tahun, dengan purata suhu pada 26 darjah celcius. Suhu juga boleh berubah menjadi antara 21 hingga 31 darjah Celcius. Adalah sangat penting untuk para pengunjung mengetahui bahawa musim tengkujuh berlaku antara bulan Mei hingga Oktober. Pelawat dinasihatkan untuk mengelak daripada melawat dalam tempoh ini kerana waktu ini merupakan cuaca hujan yang paling lebat dan mempunyai risiko banjir. Bulan November hingga Mac ialah tempoh kering di mana cuaca lebih sederhana, sejuk dan kurang lembap. Perjalanan pada bulan-bulan ini akan menjadi lebih selesa untuk para pelawat.

Kaya dengan budaya dan sejarah, Dhaka meraikan pelbagai perayaan setiap tahun. Salah satu perayaan yang paling terkenal adalah Pahela Baishakh, hari pertama kalendar Bengali. Tahun baru ini dirayakan dalam suasana yang paling gembira di mana persembahan muzik dan tarian berwarna-warni serta pertandingan tradisional dapat ditonton. Perarakan tradisional Mangal Shobhajatra yang diadakan sepanjang perayaan ini telah diperakui sebagai warisan budaya UNESCO. Satu lagi perayaan tradisional ialah Nabanna, pesta tuaian yang disambut pada hari pertama bulan Agrahayan dalam kalendar Bengali. Dhaka juga meraikan para patriotnya pada Hari Kemerdekaan pada 26 Mac dan Hari Kemenangan pada 16 Disember. Rakyat Dhaka menganuti pelbagai agama, jadi pelbagai perayaan agama disambut di sini termasuklah Eidul Fitr dan Eidul Adha oleh umat Islam, Durga Puja oleh penganut Hindu, Buddha Purnima oleh penganut Buddha dan Hari Krismas oleh penganut Kristian.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dhaka?

Dhaka adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Lalbagh Fort - Terletak di Lalbagh di Bandar Lama Dhaka, Kubu Lalbagh adalah kubu bersejarah yang paling popular di Bangladesh. Juga dipanggil Kubu Aurangabad, tarikan utama kubu ini adalah senibina Mughal bangunan ini yang dibina pada tahun 1678 oleh seorang putera Mughal. Pembinaan kubu ini dibiarkan tidak lengkap pada tahun 1700-an akibat rentetan peristiwa sepanjang tempoh pembinaan. Kubu Lalbagh terdiri daripada sebuah masjid tiga kubah, Makam Pari-Bibi, Kediaman Gabenor, Pintu Selatan dan terowong rahsia. Perincian dalaman dan seni bina yang indah boleh dilihat terutamanya di masjid dan makam. Masjid ini masih aktif digunakan dan boleh diakses secara percuma, manakala bahagian kubu yang lain boleh diakses dengan hanya 200 TK (MYR 10).

Kuil Dhakeshwari - Terletak hanya satu kilometer jauhnya dari Kubu Lalbagh adalah Kuil Dhakeshwari. Ini merupakan kuil Hindu utama di Dhaka yang mempunyai gaya seni bina yang unik yang dipengaruhi oleh agama Arkanese dan dewa dari Buddhisme Tantrik Maghs. Bangunan-bangunan Kuil Dhakeshwari terdiri daripada empat bangunan bersaiz kecil yang bersaiz sama dengan ukiran bunga dan ukiran motif yang indah di atas pintu kayu. Kuil ini dibuka secara percuma kepada semua orang kecuali antara jam 2 hingga 4 petang.

Parlimen Nasional Bangladesh - Parlimen Nasional Bangladesh juga dikenali sebagai Jatiyo Sangsad Bhaban dalam Bengali. Direka oleh arkitek Amerika yang terkenal, penduduk tempatan menganggapnya sebagai karya ikonik kerana seni bina yang menakjubkan dan unik. Pengunjung dapat melihat bangunan konkrit dengan tingkap dan pintu berbentuk bulat yang kelihatan moden, direka dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina lama dan baru, disebelah Tasik Crescent.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved