Terma Penggunaan Akaun Bank untuk Pembayaran Balik

Dengan menyerahkan butiran akaun bank anda di halaman Akaun Bank untuk Pembayaran Balik, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua kandungan dalam Terma Penggunaan Akaun Bank untuk Pembayaran Balik, Terma Penggunaan Traveloka, Polisi Pembayaran Balik Penerbangan dan Polisi Pembayaran Balik Hotel.

  1. Anda mestilah menyatakan dengan betul dan tepat satu nombor akaun bank untuk tujuan proses pembayaran balik.
  2. Akaun bank yang anda berikan akan menjadi akaun bank yang berdaftar dengan Traveloka dan ia akan menjadi akaun tunggal yang akan digunakan untuk transaksi pembayaran balik apabila anda meminta pembayaran balik daripada Traveloka dan/atau pembayaran balik automatik daripada Traveloka diproses.
  3. Untuk permintaan pembayaran balik yang dibuat sebelum pelaksanaan terma penggunaan ini, pembayaran balik akan didepositkan terus ke dalam nombor akaun yang telah Anda daftarkan.
  4. Permintaan pembayaran balik hanya boleh dibuat melalui akaun Traveloka yang sama seperti yang digunakan ketika tempahan asal dibuat.
  5. Anda mengisytiharkan bahawa pembayaran balik tidak dikaitkan dengan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau sebarang aktiviti jenayah lain. Anda bersetuju untuk membebaskan Traveloka daripada sebarang kewajipan dan liabiliti berhubung pembayaran balik yang diminta oleh Anda.
  6. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Traveloka berhak menahan atau membatalkan proses pembayaran balik, jika anda atau proses pembayaran balik yang diminta disyaki terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengubahan wang haram/keganasan, penipuan, penyamaran dan kecurian.
  7. Jika perlu semasa proses pembayaran balik, Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan, seperti salinan Kad Pengenalan dan/atau dokumen lain yang diperlukan.
  8. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau tidak sah yang dilakukan melalui proses pembayaran balik ini.
  9. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap kesahihan atau ketepatan maklumat yang anda serahkan pada borang ini.